Aug 20, 2011

Kesunyian Perasaan ??

Amaran, segmen ini akan membuat orang2 yang bakal terasa, akan terasa. Haha apa pun, jangan risau sebab ini hanyalah pandangan peribadi dan kita sume open minded ok.

Soalan : Kesunyian Perasaan ??
Haaa 1st time dengar?...ni bermaksud yang mana bila korang dah lama single,
akan mulalah korang rase kat diri korang, contoh :

1-Korang rasa iri hati tengok ada couple have their happy2 time together.
2-Korang ada terasa nak ada pasangan/bercouple supaya rasa ade orang ambil berat kat korang.
3-Korang nak tunjuk kat orang lain jugak yang korang pun ada pasangan cantik/hensem.
4-Lama2 keadaan macam ni, korang akan rasa sunyi hidup single.
5-Korang mula membuat survey kat kawan2 korang yang masih single.
6-Korang tiba2 rajin berborak dengan orang yang korang minat walaupun sikit2.
7-Korang akan mula berjiwang2 dan mudah/selalu melayan seseorang tu kalau seseorang tu ada tunjuk tanda2 yang diorang minat kat korang.

Haaaa, banyak pulak, cukup la 7, kang perah otak kang jenuh nak menaip.
Ok. Ni sume hanya lah pandangan spontan dari aku semasa menulis tajuk ni. 
Sedangkan tajuk pun aku fikir spontan, alasan pun spontan ler.
Jawapan : Kenapa perkara ni terjadi?

Sebab kalau pandangan minda kita tentang bercouple ni ke arah cara yang salah kita akan jadi No.1. Kita maybe tidak banyak ilmu tentang kenapa Islam tidak bagi bercouple sebelum nikah dan menggalakkan bercinta/bercouple selepas nikah. Kalau kita sendiri tiada inisiatif nak rajin kan sikit diri tu nak membaca tentang couple sebelum nikah, mudah lah untuk kita jadi No.2. Mulalah dibisikkan oleh SYAITAN perasaan dan mengagumi keindahan lelaki/wanita dan terasa ingin memilikinya juga. Silap siapa? Silap lelaki sebab tak jaga pandangan kepada perempuan yang berhias untuk semua lelaki lain. Silap perempuan tidak menjaga maruah diri melayan godaan daripada lelaki. Silap lelaki dan perempuan macam No.3. dan No.5. Lama2 keadaan ini berlanjutan, korang akan rasa sunyi lagi2 bila tengok ada couple bahagia yang bagai pinang dibelah dua lalu depan korang. Selalu korang akan rase best nye kalau jadi macam diorang macam No.4 dan No.1. Bila ada lelaki/perempuan yang hensem/cantik dan single pulak minta tolong korang buat something, tetiba jadi rajin pulak nak tolong padahal kawan rapat pun kadang2 malas nak tolong macam No.6 dan No.7. Mulalah dengar lagu cinta, tengok movie cinta, baca blog cinta, cari tips2 tentang mencari jodoh dan macam2 lah kejiwangan berlaku dalam diri korang dan jadi lah macam No.7.

Jadi, tak perlulah kita bercouple sebenarnya. Tapi akhir zaman adalah zaman kita. Kita adalah buih di lautan, mudah jatuh dengan godaan duniawi dan mudah tertarik dengan ajakan syaitan untuk ke neraka. Nauzubillah Min Zalik. Lelaki, jagalah mata agar tidak mudah terjatuh dengan kecantikan perempuan. Perempuan, jagalah maruah diri dan tutuplah aurat serta khas kan lah kecantikan diri mu hanya untuk bakal suami sahaja.

Alhamdulillah. Semoga peringatan ini dapat kita muhasabah diri kita. Baik atau buruk kepada diri kita adalah kita yang menentukan. Bertaubat jika kita tersedar akan kesilapan kita, bukan di waktu kita tua, kerana KEMATIAN itu sentiasa mengekori kita. Jangan merasa diri kita hina setelah sedar dari kesilapan kerana pintu taubat tidak akan tertutup selagi matahari belum terbit di sebelah barat. InsyaAllah.







No comments:

Post a Comment