May 29, 2013

Bergantung Kepada Siapa?

Salam Subuh.


Dalam hidup ni pastinya telah tertulis pelbagai ujian dugaan cabaran, malah tidak terlupa juga kesedihan kepahitan kesakitan, dan pastinya juga Allah tidak lupa untuk tuliskan dalam kehidupan hambaNya itu, kebahagiaan kejayaan kesenangan. Allah Maha Berkuasa terhadap makhlukNya, malah tiada kuasa lain yang boleh mencabarnya. Sebagai ummat Islam yang berakal, sungguh jelas bahawa Allah adalah segala-galanya buat kita. Dia yang memberi kita nyawa kehidupan, Dia juga yang mematikan kita. Untuk apa kematian itu? Untuk satu permulaan kehidupan yang kekal abadi, kekal selama-lamanya, yang mana jika kita masuk ke syurgaNya, kita akan dapat melihat dan bertemu dengan Allah swt. Jika kita dicampak ke nerakaNya, Nauzubillah min zalik, moga kita diperjauhkan dari terjadinya itu. Sungguh seksaan di neraka, sungguh dahsyat tak terkata, tak terbayang, melalui lisan mahupun bayangan.


Topik kali ini tentang kepada siapa kita bergantung? Atau dengan kata lainnya, kepada siapa kita berharap. Pastinya dari kali pertama kita melihat persoalan ini, kita akan menjawab Allah, Rasulullah, keluarga kita, ibu bapa dan rakan2 kita. Ini sudah pasti dan aku tiada hak untuk mempersoalkan jawapan itu. Namun apa yang hati aku terlintas, merasa ingin mencerahkan lagi tentang jawapan tersebut.

Dikala kita ditimpa musibah, kesusahan dan dugaan. Pelbagai respon dan tindak balas yang akan kita buat. Demi menghadapi musibah itu, kita akan bertanya di dalam hati mengapa Allah menguji kita seberat itu. Kita akan merangka bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Kita akan merujuk kepada siapa2 saja yang boleh membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Jika gagal, sambung lagi duduk berbincang. Seterusnya kita berdoa ketika selepas solat. Kemudian berjuang kembali untuk menyelesaikan masalah. (Situasi yang biasa).

Namun apa yang aku cuba sampaikan di sini, bukanlah situasi di atas ini adalah salah. Cuma aku ingin menampakkan, betapa kurangnya pergantungan kita kepada Allah, iaitu semasa kita berdoa selepas solat sahaja. Solat dan berdoa, adalah hubungan manusia dengan Allah. Usaha2 lain itu, selalunya akan berkaitan tentang dunia. Nampak bukan? Bahawa usaha dengan dunia lebih besar dari pergantungan kita kepada Allah.

Usaha tentang dunia itu mestilah diperlukan. Tapi bagaimana kita hendak menambah kebergantungan kita terhadap Allah. Ada caranya. Wahai manusia, janganlah kita apabila ditimpa masalah, kita hanya fokus terhadap masalah itu sahaja. Dalam pada masa kita menghadapi masalah dan cabaran, kita tingkatkan juga amalan2 lain kepada Allah. Ketika kita ditimpa musibah, pemikiran kita akan fokus terhadap musibah yang sedang berlaku. Kadang-kala kita mungkin terlupa pada Allah.


Namun sebagai ummat Islam yang berakal, yang paling penting janganlah kita terlalu berduka cita dengan musibah yang menimpa. Kerana disebalik musibah itu, ada hikmah. Boleh jadi, sedang kita terlalu lalai dengan dunia, Allah memberi sedikit musibah kepada kita supaya kita mengingati Allah, meminta kepada Allah, berharap dan bergantung kepada Allah. Pastinya Allah sentiasa suka kepada hamba yang mengingatiNya. Mungkin kebergantungan kita terhadap Allah semakin lemah, dengan peringatan dan dugaan yang Allah kurniakan kepada kita, InsyaAllah akan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah, yang memungkinkan kita lebih kuat untuk berdikari dalam mengukuhkan hati kita untuk lebih bergantung kepada Allah, andai dihulurkan sedikit ujian.





Kukuhkan hati, kuatkan diri, mantapkan iman. Jangan kita terlebih bergantung kepada manusia, lebih daripada Allah. Bagaimana? Tepuk dada, tanyalah tahap iman kita sekuat mana. Jika kita betul2 post-mortem iman kita, InsyaAllah kita akan nampak dimana kita berada, sejauh mana telah kita rentasi dalam kehidupan Islam kita. Ingat, selagi belum kiamat, Allah sentiasa menerima taubat, dan Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Syurga itu Allah yang punya, bukan manusia. Manusia adalah penghuni syurga. Maka, mari kita sama2 berharap kepada Allah. Allah swt, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang satu.




Apr 29, 2013

Halaman Sahabat Kita?


Sejuk kabus pagi lahir ilham. Moga manfaat.

Kadang2 bila kita berkawan, setiap saat yang digunakan dalam persahabatan itu melahirkan kenangan yang mana kita akan tersenyum seorang diri bila terkenangkan waktu2 indah dalam bersahabat. Tapi benarlah bahawa manusia itu tidak sempurna. Pastinya kita mahu jadi yang terbaik kepada kawan, rakan, teman mahupun sahabat kita. Kalau boleh setiap masalah yang diluahkan kepada kita oleh sahabat kita, sebolehnya kita cuba sedaya upaya untuk membantu. Demi ikrar untuk menjadi sahabat yang terbaik, kita nak cuba sedaya upaya. Tapi kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan belum tentu dapat menghulurkan bantuan walau sekuat mana ikrar kita itu. Selemah2 bantuan yang boleh dihulurkan adalah doa untuk sahabat kita itu, moga2 diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi kurniaan ujian Allah itu. Ujian Allah itu ada hikmah yang terbaik. Semata2 untuk mendidik hambaNya supaya kuat. Jika tak nampak hikmahNya di dunia, mungkin di akhirat. Didik hati agar sabar.

Kepada kita ataupun sahabat kita, yang dikurniaan ujian atau masalah, sabarlah. Akan terlintas di fikiran kita sama ada mahu meluahkan ataupun memendam. Andai dirasakan hati mampu menghadapi, biasanya akan memendam, namun tidak salah jika mahu meluahkan.

Andai mahu meluahkan, pastinya kita sangat memilih orang yang akan mendengar cerita kita itu. Sungguh berbesar hati jika kita dipilih oleh sahabat kita sebagai orang yang dipercayai. Maka berusahalah untuk mendengar celotehnya dengan hati yang terbuka. ^^ Disitu pastinya akan mengeratkan silaturrahim persahabatan kita.


Andai mahu memendam, bermulalah dengan hati sendiri. Memendam adalah perkongsian antara hati kita dengan Allah. Maka orang lain akan melihat kita seperti tiada masalah dan bahagia. Maklumlah, dah nama pun rahsia hati kan, mestilah orang tidak perasan dan tidak faham apa yang sedang kita hadapi. Namun, pada kondisi ini, kadang kala hati yang kadang2 lemah, mudah cepat terasa dengan kata2 orang lain, ataupun tekaan sahabat yang lain yang mungkin dapat melihat kita sedang menghadapi sesuatu masalah ataupun musibah. Maka lebih baik diteguhkan hati untuk menerima kata2 yang mungkin menyakitkan hati dan membuat kita cepat terasa. Lebih baik didik hati untuk sabar kerana sahabat kita yang lain itu tidak tahu apa yang sedang kita hadapi. Kan kita jugak yang membuat keputusan untuk tidak meluahkan bukan? Maka kita kena bersedia untuk kuat.





Mintalah pertolongan kepada Allah andai ditimpa musibah kerana ujian itu jua datang daripada Allah. Itu adalah satu kurniaan yang mana tak semua orang dapat. Kita, adalah insan terpilih. Bersyukurlah. ^^

Setelah itu, berusahalah menyelesaikan ujian tersebut, dengan semua cara yang kita mampu. Ingat, bahawa setiap darjah kesusahan dan kepayahan ujian yang Allah beri, adalah selaras dengan kekuatan dan kemampuan kita sebagai hamba Allah dan manusia.



Mintalah pertolongan daripada sahabat2 kita. Jangan disalahkan mereka walaupun mereka adalah sahabat baik kita jika mereka tidak dapat membantu. Kerana kita tidak tahu sama ada mereka sedang menghadapi musibah atau pun tidak ketika itu. Ingat tak tadi? Bila kita ada masalah, kita akan pendam atau meluahkan. Mereka mungkin juga menghadapi musibah. Andai mereka tidak dapat menghulurkan bantuan, bertanyalah kepada mereka pandangan ataupun cadangan agar perspektif kita lebih luas dan jelas dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah.


Allah - Parents - Family - Friends


Musibah dan Ujian adalah satu proses untuk kita memperkuatkan diri dan memperluaskan ilmu kita sebagai manusia, hamba Allah.

Kepada sahabat ku, bersabarlah, maafkanlah dan fahamilah. Semoga persahabatan kita kekal, jangan dibiar hasutan melemahkan diri kita. Kita tahu kita sahabat bukan? Percayalah kepada Allah. Percaya kepada kemampuan mu. Kau kuat. Itu yang pasti. Moga dipermudahkan. Amin.




Mar 21, 2013

Kejayaan Itu Adalah Syurga Allah


Assalamualaikum. Lama tak menulis lain pulak perasaannya.

Baru2 ni berlangsung satu event, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik (MAKA), yang sebenarnya menjadi impian setiap pelajar UiTM. Sebab majlis ni meraikan kejayaan pelajar2 yang mendapat Anugerah Dekan pada setiap semester.

Alhamdulillah, untuk pertama kalinya aku sendiri berjaya tersenarai dalam majlis ni. Bukan nak berlagak riak bongkak, bukanlah nak menunjuk2 sangat aku ni dapat dekan, just nak bagi semangat lagi pada rakan2 lain untuk sama2 berusaha untuk berjaya. Kalau semester2 seterusnya dapat rezeki lagi untuk dekan, aku tak post dah pasal ni kut. Tapi apa2 pun, terima dengan positif, ambil semangat untuk berusaha demi kejayaan. Aku sendiri merasa gementar sebenarnya untuk menghadiri MAKA ni, tatkala orang bergembira, aku sedikit hiba, entah, mungkin sebab ini 1st time aku hadir event MAKA. Majlis yang mengumpulkan pelajar2 yang berjaya. Keseluruhannya, syukurlah dengan rezeki yang Allah kurnia. Sesungguhnya, kejayaan itu jua daripada Allah.




Tahniah kepada yang berjaya, especially my classmate yang pandai2 belaka. Rajin2lah tolong member2 kita ya. Semoga dapat sama2 pegi MAKA. Bangga dan bersyukur bila one of my classmate dapat Anugerah Terbaik Bahagian. Memang terbakar semangat nak improve performance. Ya! Inilah yang dikatakan pembakar semangat. Semakin kita tengok orang lain berjaya, semakin bertambah kuat semangat kita untuk berjaya jugak. Inilah cara untuk kita sedar bahawa kita juga boleh berjaya.

Andai kita pernah gagal, bangkitlah. Bangkit dan terus bangkit. Sesungguhnya kita tidak boleh berputus-asa. Di awal perjalanan kita, iaitu sejak kita dapat menjejak ke dunia, kita adalah pemenang kerana bersaing dengan berjuta2 sperma yang lain, dan kitalah insan terpilih yang berjaya. Sekarang kita ada di pertengahan perjalanan, mengutip ilmu dan mengumpul amalan pahala di dunia untuk bekalan di akhirat sana. Demi apa? Demi waktu akhirat nanti. 

Disitulah adanya dua haluan. Kejayaan iaitu Syurga, atau, kegagalan iaitu Neraka.

Tiada manusia yang tidak mahu masuk ke Syurga. Tiada manusia juga yang ingin masuk ke Neraka. Itulah tandanya bahawa setiap insan itu sememangnya ingin berjaya. Jadi, marilah kita sama muhasabah diri kita untuk mencapai kejayaan. Kejarlah kejayaan dunia dan akhirat, InsyaAllah, kita akan dipermudahkan urusan kita.


Teringat tagline Persatuan Pelajar Islam (PPI) SMTKL : 

“Impian Ku Bersama Mu Masuk Ke Syurga”


Amin Ya Rabb.





Dec 27, 2012

Hijrah Hati, Hijrah Diri.

Assalamualaikum.

Pos baru setelah kian lama berdiam. Pelbagai perkara berlaku dan perubahan tercipta. Biasalah, kitaran kehidupan bagi setiap hamba Allah.

Setelah keputusan telah muktamad, aku berhijrah ke suatu tempat yang memang aku sendiri tidak menginginkan nya. Muram dan masam, serta memaksa hati untuk redha pada ketentuan-Nya. Namun, betul lah fakta yang mengatakan Allah itu Maha Berkuasa. Dia memupukkan rasa tenang dengan pelbagai cara buat hambaNya yang berduka. Disampaikan kepada aku suasana yang tenang, pantai yang sememangnya menjadi kegemaran ku, sahabat yang membuat aku lebih mengerti apa itu rasa sayang. Terima kasih ya Allah atas semua rasa itu, sungguh itu semua dapat membasmi rasa kekesalan yang aku bina tanpa timbang rasa. Alhamdulillah.

Setelah berhijrah ke tempat baru, aku membawa bekalan pengalaman hidup yang dulu, kegagalan yang pernah mencalar diri, serta azam baru yang terpahat di hati. Membuat aku tenang menjalani perjalanan baru yang pastinya lebih mencabar, yang pastinya aku tahu bahawa Allah telah menuliskan ujian dugaan dan cabaran yang baru buat diri aku. Bersyukur kepada Allah, yakin kepada Allah. Ingatlah bahawa segala ujian yang Allah berikan kepada manusia, bukanlah satu hukuman, tapi ianya adalah sesuatu kurniaan yang tak semua orang boleh dapat. Kenapa kita yang dapat ujian itu? Kerana kita adalah insan terpilih yang kuat dan mampu menerima, menghadapi dan mampu berdiri untuk UJIAN tersebut. Itulah tandanya kekuatan diri kita. Tapi pastinya tak semudah yang disangka. Tangisan, keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi pasti tidak dapat lupakan. Adakah itu mudah? Sebenarnya itulah proses untuk kita pertambahkan dan memantapkan lagi tahap kekuatan kita. Kalau kita berfikir, pasti kita dapat merasakan logiknya. Jangan pupuk hati kita untuk bersangka buruk kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik kepada Allah akan membuatkan hati kita lebih sejuk dan tenang.




Hijrah ke tempat yang tiada orang mengenali diri aku sememangnya membuat hati aku lebih tenang. Tak perlu fikir kisah2 lepas. Tenanglah wahai hati. Berehatlah dengan ketenangan. Tapi takdir Allah memang hebat. Ada juga seorang dua yang hampir ada kaitan dengan aku dulu2. Tapi semuanya baik2 aje. Alhamdulillah. Allah menitipkan rasa syukur kat hati.

Janganlah ragu2 dengan kekuasaan Allah. Allah is the best planner. Perjalanan baru, cabaran baru. Haluan baru, rintangan baru. Tapi tidak lupa juga, New Place, New Spirit, New Success. InsyaAllah.




Feb 25, 2012

Jihad Hati? Mampukah?

Assalamualaikum dunia.

Sungguh hebat ciptaan Allah terhadap mu, sehingga manusia boleh terhanyut pada mu. Mengapa Allah membiarkan kami hanyut? Ya Allah, ampuni kami. Sesungguhnya kami percaya ini semua adalah ujian dari-Mu semata-mata ingin memilih insan yang benar2 bertaqwa kepada-Mu. Maka semoga diri ini sedar akan ujian yang dikalisi sebagai nikmat. Boleh jadi nikmat yang kita dapat sebagai ganjaran. Boleh jadi nikmat yang kita dapat hanyalah untuk menyesatkan kita lagi. Nauzubillah Min Zalik.

Cabaran yang menggoyahkan hati sangatlah kuat. Sudah tiba masanya untuk berhijrah. Hijrahkan hati ke tempat yang paling layak untuk diduduki. Semoga kuat untuk berjihad pada hati ku ini. Semoga yang disekitar ku sentiasa membantu, menyokong, mendorong, dan yang paling penting, sentiasa mengingatkan aku apa yang tersilap. Jihad Hati, kepada yang utama. Utamakan yang utama.

1 - Allah swt
2 - Rasulullah saw
3 - Ibu ayah & keluarga.
4 - Manusia

Selalu hati kita berfikir, aku nak sangat berubah tapi kenapa aku sedih sangat ni. Aku tak mampu. Sebenarnya teman, itu cuma soal hati kita yang takut untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang. Itulah yang dikatakan bahawa kejayaan menuntut pengorbanan. Nak syurga Allah, tapi tak sanggup berkorban kerana Allah. Ya Allah, kuat kan diri ini ya Allah.

Mampukah? Hmm.

Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah untuk mentadbir bumi ini, PASTI aku boleh hadapi. Walaupun susah, tapi boleh. Aku kena pastikan aku boleh, tiada alasan. Banyak sebab kenapa kita kena jihad hati, salah satunya adalah demi SYURGA Allah.

TAPI, cuba kita fikirkan HANYA SATU SEBAB untuk kita masuk NERAKA. Fikirlah. Ternyata, tiada sebab untuk kita masuk neraka kerana neraka adalah seburuk-buruk tempat untuk kita kembali. Sebaik-baik tempat untuk kita kembali hanyalah Syurga Allah swt. Kekal abadi dalam kebahagiaan.

Jadi, tentang persoalan mampu atau tidak, fikir2 kan lah. Sudah pasti anda jelas, sama2 kita yakin.

Mampu > Hanya kerana Allah, sampai ke syurga-Nya. Amin.
Tak mampu > Adakah kita ingin ke neraka-Nya? Renungkan.

Setting mindset dengan betul, dan di situ anda pasti mampu untuk meningkatkan kekuatan hati kita. Jika hanya kerana Allah, pasti kekuatan yang kita dapat adalah kurniaan daripada Allah. Jika kita berjihad kerana manusia, sangat bahaya, lihat balik diri anda. Betulkan niat. InsyaAllah. Hari ini lebih baik daripada semalam. Esok lebih baik daripada hari ini. Hari2 akan datang lebih baik daripada hari2 sebelumnya. Berilah peluang pada hati untuk menerima cahaya, setelah lama tenggelam dalam kegelapan. Semoga kita berjihad hati semata-mata hanya kerana Allah. InsyaAllah.

Ya Rabb, hamba-Mu ini ingin berjihad, kurniakan kekuatan kepada ku untuk kuat menghadpi dunia yang penuh dengan kebahagiaan dan kesengsaraan.

Hanya kepada-Mu aku bermohon. Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakeel.








Feb 9, 2012

Cinta, Antara Nikmat & Ujian

Assalamualaikum,
Peace Be Upon You,

Bila bicara tentang cinta, sudah pun terlihat keindahan nya. Tentu terbayang2 berbahagia dengan insan impian. Menyusur nikmat cinta anugerah Allah swt. Yup, cinta adalah sesuatu perasaan kasih sayang dari satu hati insan kepada insan yang lain. Boleh juga antara manusia dan Allah swt sebagai Tuhan pencipta manusia. 

Cinta itu adalah anugerah Allah swt kepada manusia. Perasaan kasih sayang yang ditanamkan ke dalam hati manusia. Tatkala seorang insan bercinta, sama ada dengan cara yang betul mahupun tidak, tetap boleh bahagia. Tapi apa bezanya? Bezanya hanyalah keredhaan daripada Allah. Andai cara yang halal, maka redha Allah terletak di situ. Manakala cara yang haram, pastinya tiada redha Allah di situ. So apa pilihan kita sebagai manusia. Yup, pasti kita mahukan yang halal dan redha Allah, tapi adakah hanya kata2? Lihat diri masing2. Andai ada salah silap, usahalah untuk perbetulkan kerana Allah, bukan kerana manusia.

Cinta. Zaman sekarang lebih kepada couple. Pada awal hubungan, kekurangan atau kelemahan pada pasangan sangatlah tidak diambil peduli. Tetapi apabila hubungan couple sudah berpanjangan, kekurangan dan kelemahan pasangan semakin terserlah, biasanya itu pun akan menjadi isu. Pergaduhan dalam hubungan cinta wajib ada. Tidak tentu bahagia jika tiada pergaduhan dalam perhubungan. Tapi, kita kena melihat dari dimensi yang jelas. 2 situasi :

1- Pergaduhan dalam hubungan couple tanpa nikah.
2- Pergaduhan dalam rumah tangga selepas nikah.

Sangat2 berbeza walaupun hanya 1 sahaja perbezaannya. Bezanya hanya SUDAH nikah atau BELUM nikah.

Apabila berlaku perselisihan faham antara pasangan :

BELUM Nikah.
Salah seorang pasti akan memujuk dengan kata2 indah untuk melembutkan hati pasangan yang merajuk. Yang memujuk itu selalunya yang menjadi penyebab perselisihan faham berlaku. Kasih sayang yang dihulurkan seperti sudah menjadi suami isteri. Tapi itu hanyalah sia2, kerana masalah yang dihadapi itu sememangnya adalah ujian Allah untuk menyedarkan manusia supaya segera bernikah jika sudah berkenan. Jadi, kasih sayang antara pasangan couple hanya sia2 kerana lebih kepada menghasilkan dosa. Adakah kita seronok menghayati cinta yang beri kita dosa? Fikir2kan. Adakah itu adalah kita? Boleh jadi Allah beri cinta ini untuk menyesatkan lagi diri kita. Mungkin sudah dapat murka Allah. Adakah ini cinta? Belum tentu, mungkin ini adalah UJIAN daripada Allah swt.

SUDAH Nikah.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Pasti ada pacaroba dan huru hara dalam rumah tangga. Ada orang kata, rumah tangga yang banyak masalah tidak bahagia. Tidak, belum tentu banyak masalah tak bahagia. Selepas sah bernikah, banyak perkara yang boleh menghasilkan pahala dalam hubungan suami isteri. Even kadang2 masalah pun boleh hasilkan pahala. Best kan? Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila ade perselisihan faham, peranan suami dan isteri dalam memujuk antara satu sama lain sangatlah menyerlahkan cinta antara mereka dan cinta itu halal. Lihat sahaja, kata2 cinta, kasih dan sayang dinyatakan dapat pahala. Pelukan manja dalam memujuk, dapat pahala. Apa sahaja yang melibatkan kasih sayang suami isteri yang ikhlas boleh dapat pahala. Inilah dinamakan penghayatan cinta yang sebenar. Adakah situasi ini adalah kita? Boleh kah kita kata ini adalah ujian? Yup, yang masalah dalam hubungan tu ujian. Tapi inilah sebenarnya NIKMAT dalam percintaan yang halal yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya yang soleh dan solehah.

Hanya kesedaran yang jitu diperlukan untuk memahaminya. Hanya manusia yang tidak mahu melihat yang tidak akan nampak. Hanya manusia yang memekakkan telinganya yang tidak akan dengar. Jadi, andai hati sudah menyedari kekurangan diri, usahalah untuk berubah. Nilailah diri masing2 agar kita sama2 dapat berusaha untuk berubah ke arah kebaikan yang menjamin kita untuk mendapat nikmat Syurga Allah swt yang abadi. Syurga Allah itu impian ku. Impian kita. InsyaAllah.

Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah, tapi disandarkan pada diri aku sebagai manusia.




Sujudlah kerana Allah. Kita sujud pada AKHIRAT, InsyaAllah DUNIA akan sujud pada kita. Kehidupan akhirat yang abadi, kehidupan dunia hanya sementara. Kehidupan di dunia itu adalah proses persediaan. Bila tiba kematian, itulah permulaan kepada kehidupan yang abadi. Semoga kita sama2 bertemu di Syurga Allah.

Amin Ya Allah.





Jan 27, 2012

Taubat Itu Adalah Serius

Assalamualaikum.

Tetiba saja aku menaip, mana tahu dapat ilham. Tup2 terlintas satu ayat macam tajuk tu. Then aku pun tulis je lah. Rasa macam bagus je tajuk. Lalu diolah seomongnya.

Selalu bila kita dah buat dosa kita mesti lah nak bertaubat, tapi niat untuk bertaubat sahaja tidak cukup. Yes bila kita niat nak buat baik, contohnya niat nak bertaubat memang kita dapat pahala walau pun baru saja niat, namun alangkah lebih indah nya jika kita dapat merealisasikan niat kita tu agar lebih bermakna.

Niat di hati nak berubah ke arah yang lebih baik. Merasakan diri dah teruk sangat dah. Selalu hangat2 tahi ayam dalam bertaubat. Sebab tu manusia tak tahu statistik dosa dan pahala mereka. Kalau manusia tau jumlah pahala dan dosa mereka, mesti manusia akan fight untuk mengurangkan malah menghapuskan dosa yang ada. Dan sebab tu jugak lah kita tak tau tarikh mati kita. Kalau manusia tahu tarikh mati, nak buat dosa pun takut teringatkan tarikh mati semakin dekat. Selalu lah manusia terjatuh dalam usaha bertaubat kerana tidak tahu bila tarikh mati. 

Sebab tu Islam mengajar kita supaya selalu ingat pada mati kerana umur kita semakin pendek bukan semakin panjang seperti dalam kata2 seharian kita, contoh : "Semoga kau panjang umur, murah rezeki". Tapi, sering sahaja kita lupa umur kita sudah ditetapkan oleh Allah bila tamatnya. Tidak cepat sesaat, tidak lambat sesaat. 

So, jom kita sama2 meneguhkan niat kita dalam bertaubat agar taubat kita menjadi sesuatu yang serius pada kita kerana kita sedang menjalankan operasi menghapuskan dosa. Buat dosa tu senang tapi hapus dosa juga senang jika kita betul2 nak bertaubat. Kalau hanya cakap memang senang. Apa yang perlu kita buat adalah bersungguh2 dalam usaha bertaubat. Kalau kita fikir betul2, sebenarnya bertaubat boleh jadi sesuatu yang mudah andai kita ikhlas dalam mengerjakannya. Taubat akan jadi susah andai kita merasa sayang untuk melupakan dan melepaskan sesuatu dosa yang kita sedang buat. Tapi kita selalu lupa bahawa dosa yang kita sayang sangat tu sebenarnya sementara saja keindahannya. Keindahan sesuatu perkara itu akan lebih indah jika perkara itu dalam status halal.

Contoh yang terbaik adalah dalam perhubungan remaja zaman sekarang. Yes couple itu indah. Ada 2 situasi couple.

1- Couple sahaja dan belum berkahwin.
2- Couple setelah berkahwin. 

Dua2 situasi ini memang indah tapi apa bezanya? Beza nya cuma lah status kehalalan nya. Indah nya bila bercinta dalam keadaan yang halal. Nak tahu contoh yang lebih jelas? Haa cuba kita pegi restoran mamak. Satu restoran ada gambar kaabah, kalimah Allah, kalimah Muhammad dan tanda Halal. Satu lagi restoran tiada apa2 kalimah Al-Quran, ada tulisan pelik2, tiba2 ada gambar patung untuk dipuja. Kita order makanan yang sama iaitu roti canai dan teh tarikh. 5 minit kita makan minum agak2 yang mana satu lagi kita seronok lepas makan. Adakah restoran yang ada tanda Halal atau yang ada gambar patung? Tentulah kita rasa lebih tenang lepas makan di restoran mamak yang ada tanda Halal berbanding yang ada gambar patung. Agak2 macam mana rasa lepas makan kat kedai lagi satu? Status kehalalan nya diragui tup2 tak nak datang dah. Dekat situ boleh nampak yang mana lebih baik.

Sama juga bila dah buat keputusan nak ada pasangan hidup, pasang kan niat untuk berumah-tangga dengan segera kerana Allah pasti bantu niat yang baik. Di samping itu pasti kita merasa lega kerana kita tahu niat kita untuk berkahwin pasti juga bertujuan untuk menghindar dosa kerana berhubungan tanpa ikatan yang sah.

Jadi mari kita sama2 SEDAR diri kita agar kita dapat berniat untuk bertaubat dengan serius. Kalau ada pasangan tu, tolonglah sedar diri tu, alang2 dah dibuat calon suami atau isteri, mulakan niat untuk bertaubat walaupun belum berkahwin. Agar sama2 dapat menghapus dosa2 yang telah lalu sebelum berkahwin. Andai salah seorang menyatakan niat untuk menjaga hubungan maka yang seorang lagi sokong dan bantulah agar hubungan semakin baik. Lebih baik lagi jika kedua2 sama2 berusaha menjaga hubungan daripada dosa. 

So, jadikan niat bertaubat kita lebih serius supaya Allah lebih mudah untuk menerima keikhlasan kita dalam bertaubat. Bukan sekadar kata2 atau niat di hati, tapi azam yang sebenar2nya untuk mengejar Syurga Allah di akhirat nanti. Semoga kita sama2 sedar akan kesilapan yang kita lakukan yang selalu nya kita mungkin terlepas pandang atau terlepas dengar. Semoga kali ini kita sebenar2 bertaubat agar berat pahala kita adalah lebih daripada berat dosa kita di akhirat nanti. 

Amin ya Rabb.







Jan 12, 2012

Kemaafan Sebelum Kematian

Assalamualaikum.

Pertamanya, mungkin agak kasar perkataan 'kematian' ataupun 'mati'. Zaman sekarang orang menyebut 'meninggal dunia' dan mesti ramai yang setuju bahawa itu lebih lembut dan rasa macam jaga hati keluarga si mati. Tetapi bagi aku perkataan mati lebih sesuai digunakan kerana ia agak keras. Bagi aku perkataan 'mati' boleh menyedarkan kita bahawa mati itu sangat dekat dengan kita dan bila ia terjadi, maka disitulah permulaan yang sebenar kehidupan kita.


Actually kali ni bukan tentang kematian, tapi tentang kemaafaan yang dipinta sebelum kematian.
Biasa bagi kita semua melakukan kesilapan atau pun kesalahan. Ada beza ke? Ha, jom bezakan.

Kesilapan = 1st time melakukan sesuatu kesalahan.
Kesalahan = Melakukan sesuatu kesalahan kali ke-2 dan seterusnya walaupun sudah tau bahawa ianya salah.

Itu bagi diri sendiri lah. Kalau jenayah dan memang berniat melakukan kesalahan itu sememangnya salah. Juga jika bertentangan dengan syariat Islam, juga salah.

Niat aku bukan nak berleter tentang tajuk kemaafan ni. Just sebenarnya aku sendiri yang ingin menghamparkan diri aku di atas deretan2 perkataan ini, untuk menghasilkan sebuah kemaafan dari hati jika ada salah silap yang aku lakukan terhadap sesiapa yang kenal diri aku ni walaupun dalam blog ni orang tertentu je yang kenal, juga kepada semua yang aku kenal.

Kadang-kala niat di hati nak nasihat, boleh jadi terasa nya agak dalam kerana bibit2 kata aku ni. Tapi ia normal bagi aku menyindir atau perli melalui kiasan yang secara umum, dan yang mana boleh jadi ditujukan kepada ramai orang. Tapi dalam ramai2 maybe ade 2-3 orang yang terasa hati, terguris perasaan, terobek jiwa meraka dengan kata2 aku ni. Aku tau orang akan cakap, nak nasihat pun agak2 la. Tapi bagi aku ia adalah cara yang baik untuk kita sama2 jika kita sedar nasihat yang seseorang tu bagi walaupun secara umum dan kiasan, baik untuk diri kita. Jika kita terasa, maknanya ia adalah nasihat yang berkesan. Maka dengan itu tak salah jika kita terima dangan hati yang rahsia. Tak perlu menyerang balas secara peribadi mahupun secara umum kerana ia boleh merenggang kan hubungan baik antara kawan mahupun lawan. Serangan balas secara umum juga kadang2 kita boleh faham walaupun orang tu tidak menyatakan targetnya. Maka disitu juga boleh merenggankan hubungan. Kawan yang baik akan menegur kawan2 nya kerana mereka mengambil berat terhadap kawan2 nya. Kerana kita perlu mengerti sesuatu.

Nasihat yang baik = Bertujuan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

So yang baik itu semuanya datang daripada Allah swt dan yang buruk itu juga datang daripada Allah swt tapi disandarkan pada diri aku sendiri.





Dosa kepada Allah, Allah boleh ampun kan tetapi dosa sesama manusia, hanya manusia yang boleh memaafkan. Sebelum aku ataupun kamu yang mati dulu, aku memohon jutaan kemaafan andai walaupun aku memberi nasihat yang baik tapi mengguris hati kalian. Its okay, aku juga memaafkan. Sama2 kita memaafkan antara diri kita semua. Sama2 kita menjayakan diri kita ke arah yang lebih baik.




Nov 11, 2011

Pengorbanan Demi Niat Baik



Adakala kita dah sedar kesilapan kita, kita berniat nak berubah.
Adakala kita dah temui jalan buntu, kita baru teringat pada Allah.
Adakala hati kita hampa dan kecewa, kita rasa kita tak berguna.

Niat di hati nak berubah 360 darjah dalam kehidupan kita. Nak betulkan apa yang salah. Nak baiki apa yang rosak. Nak tambah apa yang kurang. Nak menuju jalan yang lurus setelah mengharungi jalan yang bengkang-bengkok. Sungguh suci niat di hati untuk berubah menjadi baik. Alhamdulillah.

Tapi selalu kita dengar bahawa, bila kita nak berubah, akan ada suara2 sumbang yang pengecut mengutuk dan mengata kita dari belakang. Bila kita dah bersemangat nak buat baik, kita rasa down, frust dan bengang bila orang lain mengutuk kita, sedangkan kita nak buat perkara baik. Mesti kadang2 hati kita berasa pelik sebab kita dikutuk kerana perkara baik.

Mengapa?

Kerana dulu Allah berikan kita ujian, syaitan2 menggoda dan menghasut kita buat perkara buruk, kita gagal untuk sedari bahawa itu semua hanya untuk dosa semata-mata. Kita jatuh ke dengan godaan syaitan. Tapi kenapa kita nak berubah pun kita dikutuk dan dihina. Kadang2 kita tawar hati nak berubah sebab susah sangat. Tidak! Bukan begitu. Itu semua ujian daripada Allah.

Kenapa?

Kerana jika kita benar2 nak bertaubat, PASTI Allah akan uji kita lagi. Untuk membuktikan kita benar2 ingin bertaubat, atau dengan kata lainnya, taubat nasuha, iaitu sebenar2 taubat. Di sini lah akan hadir pelbagai2 ujian, cabaran, dan dugaan daripada Allah. Kalau kita tak sanggup hadapi semua ujian ini, maka kita belum bersedia untuk bertaubat lagi. Bukan bermakna belum tiba masa nya, tapi hanya hati yang tak sanggup. Niat hati nak berubah belum cukup mantap.

Pengorbanan diperlukan demi niat yang baik. Kita perlu sanggup, rela dan redha untuk menghadapi kesedihan, kepedihan dan kesakitan yang bakal kita hadapi sepanjang usaha kita untuk bertaubat. Biarlah hati kita sedih, sakit, dan pedih hanya kerana Allah. Kerana Allah lah yang mencipta perasaan yang ada dalam diri kita.

Ada sahabat saya yang sedih untuk putus dengan kekasih nya (couple sebelum nikah), tapi niat di hati memang nak tinggal kan gejala couple. Di hati nya tahu bahawa couple itu memang haram. Tapi bila dah terjebak, hati nya sangat sedih untuk melepaskan perasaan kepada seorang manusia yang disayangi. Tapi andai diri nya sanggup berkorban kerana Allah, dia perlu menghadapi rasa sedih itu dahulu. Apa yang penting adalah percaya pada janji Allah. Jika kita yakin kepada Allah, pasti kita akan rasa tenang. Tapi selalu rasa tak tenang tu macam mana pulak kan? Itu lah dinamakan kesanggupan yang belum mantap.

Kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi baik. Alhamdulillah kerana Allah memberi kita peluang sewaktu matahari masih terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Andai matahari terbit di barat dan benam di timur, tertutup sudah pintu taubat kerana itulah tanda kiamat. Semoga kita merelakan hati untuk berubah ke jalan Allah sementara masih sempat.

Sama2 kita bersyukur atas nikmat yang Allah beri kepada kita ini.

Tagline saya untuk yang bercouple ^^ 

Berani Bercouple, Berani Break Up.

Demi Allah. Tidak sia2 jika kita bertindak kerana Allah. Kerana pasti Allah akan ingat kepada kita InsyaAllah.





Cuba layan lirik lagu Raihan - Mengemis Kasih ^^

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku




Oct 26, 2011

Ketika Hati Berduka

Kebahagiaan itu adalah impian setiap insan. Sungguh bervariasi perasaan ini. Apa yang utama, matlamat kita tetap sama iaitu untuk bahagia di akhirat sana...juga bahagia di dunia. Makna kata, kebahagiaan itu adalah impian yang wajib. Jika ditanya pada orang gila, orang gila pun ingin bahagia, siapa la nak jadi gila kan? Tapi itu lah takdir. Selalu nya sebelum kita mengecapi kebahagiaan, PASTI kita akan diuji terlebih dahulu dengan pelbagai dugaan, ujian, kesedihan hati yang sungguh mencengkam jiwa.

Mengapa?

Kerana kebahagiaan dan kesedihan adalah antara ujian yang Allah sediakan untuk kita sebelum Allah memberi kita merasa nikmat kebahagiaan itu. Jika kita istiqamah, muhasabah, tenang, yakin, sabar dan percaya pada Allah pasti hati kita mudah dan tenang untuk menghadapi ujian dan dugaan Allah.

Selalunya.....

Kebanyakan antara kita sangat2 menginginkan kebahagiaan dalam perhubungan bersama pasangan. Kadang2 kita dah berusaha bersungguh2 untuk memupuk kasih sayang dengan pasangan kita agar hubungan berkekalan. Pertunangan dan perkahwinan. Alangkah bahagia sungguh jika dapat bersama pasangan yang betul2 kita idam kan.

Tapi kita juga perlu beringat tentang diri kita. Betul dan tidak salah untuk menyukai seseorang tapi kita perlu mengikut kondisi yang diperlukan. Kenapa kita menyukai seseorang itu? Adakah untuk bakal suami/isteri? Atau hanya untuk pengubat luka atau hanya sekadar suka2?

TAPI, perlu di ingat bahawa gejala couple pada zaman sekarang agak berleluasa. Kenapa Islam tidak menggalak kan 'couple'? Heh, itu lebih baik anda2 cari sendiri, semoga ia lebih menyedarkan anda.

Terpesong sikit...hehe

Kadang2 kita dah suka seseorang tu, tetiba orang tu mempermain kan hati kita. Namun selalunya, hati seseorang yang dipermainkan, jika dia seorang yang bersabar dengan pertelingkahan atau masalah yang berlaku, orang itu akan terus bersabar kerana dia mengharapkan agar pasangan mereka itu berubah dan sedar akan kesilapannya. Namun kadang-kala harapan itu hanya sia2 kerana pasangan mereka yang suka bermain hati tidak serik dengan kesilapan yang dilakukan. Dan pada masa ini lah ada retak2 dalam perhubungan. Mulalah perasaan ingin berpisah, tidak tahan dipermainkan dan boleh menyebabkan stress. Selalu terjadi kepada para pelajar, sehingga menjadikan masalah peribadi sebagai penghalang untuk mengekalkan momentum untuk semangat belajar.

Kenapa perlu begitu?

Sepatutnya jika pernah dipermainkan oleh seseorang, kita sudah sepatutnya boleh menilai karakter orang tersebut. Adakah kita masih perlu berharap pada orang tersebut? Bukanlah jawapan nya tidak, tetapi tanyalah pada hati yang berduka itu. Kita juga perlu sedar bahawa, boleh jadi kita sangat suka terhadap sesuatu tapi boleh jadi sesuatu itu buruk untuk kita. Boleh jadi kita sangat benci terhadap sesuatu tapi boleh jadi sesuatu itu baik untuk kita. Bukanlah saya yang mengatakan, tapi kata2 ini terdapat di dalam Al-Quran.


Buatlah satu keputusan dengan ketegasan agar kita sentiasa dapat memastikan bahawa diri kita ini mempunyai jati diri yang teguh. Keputusan yang ditetapkan akan selalu mendorong diri kita untuk menjadi kan diri kita lebih tegas tanpa kita sedari. Cari lah bimbingan dan dorongan daripada rakan2 agar semangat yang ada dalam diri sentiasa kuat untuk terus menjalani kehidupan. Kita hidup di dunia ni sekali saja. Di kehidupan inilah kita nak berjaya, di kehidupan ini jugalah kita nak gagal. Di sini juga untuk kita sedih dan di sini juga untuk kita gembira. Apa yang penting kita perlu rancang kehidupan kita dan jalani nya dengan bahagia dan senyuman. Sepatutnya kita belajar dari pengalaman yang kita hadapi setelah apa yang berlaku kepada kita sama ada perkara baik mahupun buruk.

Ingat. Couple tidak menjamin kebahagiaan. Yes ada kebahagiaan di dalam couple kerana bila bercouple kita akan meluahkan rasa sayang dan cinta. Tapi adalah malang jika hubungan couple itu tidak berkekalan ke arah perkahwinan. Adakah ia seperti mencuba nasib atau bercouple kerana suka2 saje? Diri anda, anda renung anda tatap. Diri anda adalah apa yang anda fikirkan. 

Setiap masalah, ujian dan dugaan adalah daripada Allah. Pasti setiap daripada itu ada jalan penyelesaian nya. Satu masalah yang tak boleh kita selesai kan. Apa die ye? Haaaa... Mati. Kematian adalah masalah yang tidak boleh kita selesaikan. Ingat. Allah tidak akan memberi ujian yang berat kepada hambaNya yang tidak mampu. Maknanya, selagi kita hidup, kita mampu menghadapi segala ujian yang Allah berikan kepada kita. Pada perspektif saya, bila kita mati, baru lah kita tidak mampu hadapi apa2 ujian lagi. Kerana mati adalah ujian terakhir kita. Apa yang perlu adalah usaha kita untuk selesaikan masalah yang kita hadapi. ^^