Dec 27, 2012

Hijrah Hati, Hijrah Diri.

Assalamualaikum.

Pos baru setelah kian lama berdiam. Pelbagai perkara berlaku dan perubahan tercipta. Biasalah, kitaran kehidupan bagi setiap hamba Allah.

Setelah keputusan telah muktamad, aku berhijrah ke suatu tempat yang memang aku sendiri tidak menginginkan nya. Muram dan masam, serta memaksa hati untuk redha pada ketentuan-Nya. Namun, betul lah fakta yang mengatakan Allah itu Maha Berkuasa. Dia memupukkan rasa tenang dengan pelbagai cara buat hambaNya yang berduka. Disampaikan kepada aku suasana yang tenang, pantai yang sememangnya menjadi kegemaran ku, sahabat yang membuat aku lebih mengerti apa itu rasa sayang. Terima kasih ya Allah atas semua rasa itu, sungguh itu semua dapat membasmi rasa kekesalan yang aku bina tanpa timbang rasa. Alhamdulillah.

Setelah berhijrah ke tempat baru, aku membawa bekalan pengalaman hidup yang dulu, kegagalan yang pernah mencalar diri, serta azam baru yang terpahat di hati. Membuat aku tenang menjalani perjalanan baru yang pastinya lebih mencabar, yang pastinya aku tahu bahawa Allah telah menuliskan ujian dugaan dan cabaran yang baru buat diri aku. Bersyukur kepada Allah, yakin kepada Allah. Ingatlah bahawa segala ujian yang Allah berikan kepada manusia, bukanlah satu hukuman, tapi ianya adalah sesuatu kurniaan yang tak semua orang boleh dapat. Kenapa kita yang dapat ujian itu? Kerana kita adalah insan terpilih yang kuat dan mampu menerima, menghadapi dan mampu berdiri untuk UJIAN tersebut. Itulah tandanya kekuatan diri kita. Tapi pastinya tak semudah yang disangka. Tangisan, keperitan dan kesengsaraan yang kita hadapi pasti tidak dapat lupakan. Adakah itu mudah? Sebenarnya itulah proses untuk kita pertambahkan dan memantapkan lagi tahap kekuatan kita. Kalau kita berfikir, pasti kita dapat merasakan logiknya. Jangan pupuk hati kita untuk bersangka buruk kepada Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik kepada Allah akan membuatkan hati kita lebih sejuk dan tenang.




Hijrah ke tempat yang tiada orang mengenali diri aku sememangnya membuat hati aku lebih tenang. Tak perlu fikir kisah2 lepas. Tenanglah wahai hati. Berehatlah dengan ketenangan. Tapi takdir Allah memang hebat. Ada juga seorang dua yang hampir ada kaitan dengan aku dulu2. Tapi semuanya baik2 aje. Alhamdulillah. Allah menitipkan rasa syukur kat hati.

Janganlah ragu2 dengan kekuasaan Allah. Allah is the best planner. Perjalanan baru, cabaran baru. Haluan baru, rintangan baru. Tapi tidak lupa juga, New Place, New Spirit, New Success. InsyaAllah.