Nov 11, 2011

Pengorbanan Demi Niat Baik



Adakala kita dah sedar kesilapan kita, kita berniat nak berubah.
Adakala kita dah temui jalan buntu, kita baru teringat pada Allah.
Adakala hati kita hampa dan kecewa, kita rasa kita tak berguna.

Niat di hati nak berubah 360 darjah dalam kehidupan kita. Nak betulkan apa yang salah. Nak baiki apa yang rosak. Nak tambah apa yang kurang. Nak menuju jalan yang lurus setelah mengharungi jalan yang bengkang-bengkok. Sungguh suci niat di hati untuk berubah menjadi baik. Alhamdulillah.

Tapi selalu kita dengar bahawa, bila kita nak berubah, akan ada suara2 sumbang yang pengecut mengutuk dan mengata kita dari belakang. Bila kita dah bersemangat nak buat baik, kita rasa down, frust dan bengang bila orang lain mengutuk kita, sedangkan kita nak buat perkara baik. Mesti kadang2 hati kita berasa pelik sebab kita dikutuk kerana perkara baik.

Mengapa?

Kerana dulu Allah berikan kita ujian, syaitan2 menggoda dan menghasut kita buat perkara buruk, kita gagal untuk sedari bahawa itu semua hanya untuk dosa semata-mata. Kita jatuh ke dengan godaan syaitan. Tapi kenapa kita nak berubah pun kita dikutuk dan dihina. Kadang2 kita tawar hati nak berubah sebab susah sangat. Tidak! Bukan begitu. Itu semua ujian daripada Allah.

Kenapa?

Kerana jika kita benar2 nak bertaubat, PASTI Allah akan uji kita lagi. Untuk membuktikan kita benar2 ingin bertaubat, atau dengan kata lainnya, taubat nasuha, iaitu sebenar2 taubat. Di sini lah akan hadir pelbagai2 ujian, cabaran, dan dugaan daripada Allah. Kalau kita tak sanggup hadapi semua ujian ini, maka kita belum bersedia untuk bertaubat lagi. Bukan bermakna belum tiba masa nya, tapi hanya hati yang tak sanggup. Niat hati nak berubah belum cukup mantap.

Pengorbanan diperlukan demi niat yang baik. Kita perlu sanggup, rela dan redha untuk menghadapi kesedihan, kepedihan dan kesakitan yang bakal kita hadapi sepanjang usaha kita untuk bertaubat. Biarlah hati kita sedih, sakit, dan pedih hanya kerana Allah. Kerana Allah lah yang mencipta perasaan yang ada dalam diri kita.

Ada sahabat saya yang sedih untuk putus dengan kekasih nya (couple sebelum nikah), tapi niat di hati memang nak tinggal kan gejala couple. Di hati nya tahu bahawa couple itu memang haram. Tapi bila dah terjebak, hati nya sangat sedih untuk melepaskan perasaan kepada seorang manusia yang disayangi. Tapi andai diri nya sanggup berkorban kerana Allah, dia perlu menghadapi rasa sedih itu dahulu. Apa yang penting adalah percaya pada janji Allah. Jika kita yakin kepada Allah, pasti kita akan rasa tenang. Tapi selalu rasa tak tenang tu macam mana pulak kan? Itu lah dinamakan kesanggupan yang belum mantap.

Kita patut bersyukur kerana Allah masih memberi kita peluang untuk menjadi baik. Alhamdulillah kerana Allah memberi kita peluang sewaktu matahari masih terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat. Andai matahari terbit di barat dan benam di timur, tertutup sudah pintu taubat kerana itulah tanda kiamat. Semoga kita merelakan hati untuk berubah ke jalan Allah sementara masih sempat.

Sama2 kita bersyukur atas nikmat yang Allah beri kepada kita ini.

Tagline saya untuk yang bercouple ^^ 

Berani Bercouple, Berani Break Up.

Demi Allah. Tidak sia2 jika kita bertindak kerana Allah. Kerana pasti Allah akan ingat kepada kita InsyaAllah.





Cuba layan lirik lagu Raihan - Mengemis Kasih ^^

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku