Apr 29, 2013

Halaman Sahabat Kita?


Sejuk kabus pagi lahir ilham. Moga manfaat.

Kadang2 bila kita berkawan, setiap saat yang digunakan dalam persahabatan itu melahirkan kenangan yang mana kita akan tersenyum seorang diri bila terkenangkan waktu2 indah dalam bersahabat. Tapi benarlah bahawa manusia itu tidak sempurna. Pastinya kita mahu jadi yang terbaik kepada kawan, rakan, teman mahupun sahabat kita. Kalau boleh setiap masalah yang diluahkan kepada kita oleh sahabat kita, sebolehnya kita cuba sedaya upaya untuk membantu. Demi ikrar untuk menjadi sahabat yang terbaik, kita nak cuba sedaya upaya. Tapi kita sebagai manusia yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan belum tentu dapat menghulurkan bantuan walau sekuat mana ikrar kita itu. Selemah2 bantuan yang boleh dihulurkan adalah doa untuk sahabat kita itu, moga2 diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi kurniaan ujian Allah itu. Ujian Allah itu ada hikmah yang terbaik. Semata2 untuk mendidik hambaNya supaya kuat. Jika tak nampak hikmahNya di dunia, mungkin di akhirat. Didik hati agar sabar.

Kepada kita ataupun sahabat kita, yang dikurniaan ujian atau masalah, sabarlah. Akan terlintas di fikiran kita sama ada mahu meluahkan ataupun memendam. Andai dirasakan hati mampu menghadapi, biasanya akan memendam, namun tidak salah jika mahu meluahkan.

Andai mahu meluahkan, pastinya kita sangat memilih orang yang akan mendengar cerita kita itu. Sungguh berbesar hati jika kita dipilih oleh sahabat kita sebagai orang yang dipercayai. Maka berusahalah untuk mendengar celotehnya dengan hati yang terbuka. ^^ Disitu pastinya akan mengeratkan silaturrahim persahabatan kita.


Andai mahu memendam, bermulalah dengan hati sendiri. Memendam adalah perkongsian antara hati kita dengan Allah. Maka orang lain akan melihat kita seperti tiada masalah dan bahagia. Maklumlah, dah nama pun rahsia hati kan, mestilah orang tidak perasan dan tidak faham apa yang sedang kita hadapi. Namun, pada kondisi ini, kadang kala hati yang kadang2 lemah, mudah cepat terasa dengan kata2 orang lain, ataupun tekaan sahabat yang lain yang mungkin dapat melihat kita sedang menghadapi sesuatu masalah ataupun musibah. Maka lebih baik diteguhkan hati untuk menerima kata2 yang mungkin menyakitkan hati dan membuat kita cepat terasa. Lebih baik didik hati untuk sabar kerana sahabat kita yang lain itu tidak tahu apa yang sedang kita hadapi. Kan kita jugak yang membuat keputusan untuk tidak meluahkan bukan? Maka kita kena bersedia untuk kuat.





Mintalah pertolongan kepada Allah andai ditimpa musibah kerana ujian itu jua datang daripada Allah. Itu adalah satu kurniaan yang mana tak semua orang dapat. Kita, adalah insan terpilih. Bersyukurlah. ^^

Setelah itu, berusahalah menyelesaikan ujian tersebut, dengan semua cara yang kita mampu. Ingat, bahawa setiap darjah kesusahan dan kepayahan ujian yang Allah beri, adalah selaras dengan kekuatan dan kemampuan kita sebagai hamba Allah dan manusia.



Mintalah pertolongan daripada sahabat2 kita. Jangan disalahkan mereka walaupun mereka adalah sahabat baik kita jika mereka tidak dapat membantu. Kerana kita tidak tahu sama ada mereka sedang menghadapi musibah atau pun tidak ketika itu. Ingat tak tadi? Bila kita ada masalah, kita akan pendam atau meluahkan. Mereka mungkin juga menghadapi musibah. Andai mereka tidak dapat menghulurkan bantuan, bertanyalah kepada mereka pandangan ataupun cadangan agar perspektif kita lebih luas dan jelas dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah.


Allah - Parents - Family - Friends


Musibah dan Ujian adalah satu proses untuk kita memperkuatkan diri dan memperluaskan ilmu kita sebagai manusia, hamba Allah.

Kepada sahabat ku, bersabarlah, maafkanlah dan fahamilah. Semoga persahabatan kita kekal, jangan dibiar hasutan melemahkan diri kita. Kita tahu kita sahabat bukan? Percayalah kepada Allah. Percaya kepada kemampuan mu. Kau kuat. Itu yang pasti. Moga dipermudahkan. Amin.