Aug 16, 2011

Kisah Akal dan Nafsu - Tazkirah Form 4


Teringat zaman kat sekolah. SM Teknik KL. Alhamdulillah, sekolah yang sangat berjasa pada aku.
Time form 4, aspura junior kene bagi tazkirah lepas solat Maghrib.
Tibalah giliran aku, yang memang pemalu nak diri kat depan, tapi dah bersedia menghadapi rasa malu tu.
Haha. Standard lah. Jarang speech depan ramai orang. Dah semua junior kena, aku redha lah. 
Seminggu awal aku prepare tajuk : Kisah Akal dan Nafsu.

21 Mei 2008 - Selepas solat Maghrib
Assalamualaikum, saya dari dorm Abdullah Hussain (AH), nak beri tazkirah yang bertajuk..................
Huuu memang bergetarlah kaki kan...tapi itu lah turning point untuk bina self-confident.
Kat bawah ade skrip tazkirah aku.

So ini lah Surau Al-Falah. 
Kalau time nak cuti balik kampung, bila ramai orang dah balik, aku selalu try spend mase jap kat sini.
Sebab AURA surau ni memang best la. Bile time sunyi....seriusly tenang.
^^Rindu Ketenangan tu.





Apabila akal dicipta oleh Allah, maka Allah pun bertanya kepada akal.
"Siapa Tuhan kamu?
Akal menjawab "Allah swt Tuhanku"


Apabila nafsu dicipta oleh Allah, maka Allah pun bertanya kepada nafsu.
"Siapa Tuhan kamu?
Nafsu menjawab "Tidak tahu"
Maka nafsu pun dihumban ke neraka selama 70,000 tahun.
Selepas hukuman itu, nafsu dikeluarkan dari neraka dan ditanya.
"Siapa Tuhan kamu"
Nafsu masih menjawab, tidak tahu.
Kemudian nafsu dihukum lagi selama 70,000 tahun di neraka.
Selepas selesai hukumannya, nafsu ditanya lagi.
"Siapa Tuhan kamu?
Nafsu masih menjawab tidak tahu.
Kemudian Allah menghukum di neraka selama 70,000 tahun lagi dan tidak diberi makan.
Selepas 3 hari nafsu minta dikeluarkan dari neraka dan mengakui Allah adalah Tuhannya.

Begitulah hebatnya jika kita berpuasa. Tidak makan boleh menundukkan nafsu. Oleh itu memperbanyakkanlah puasa jika kita TIDAK MAMPU menundukkan nafsu kita.


Begitu juga dengan akal. Jika kita menggunakan akal pasti kita dapat merasai kekuasaan Allah swt.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment