May 29, 2013

Bergantung Kepada Siapa?

Salam Subuh.


Dalam hidup ni pastinya telah tertulis pelbagai ujian dugaan cabaran, malah tidak terlupa juga kesedihan kepahitan kesakitan, dan pastinya juga Allah tidak lupa untuk tuliskan dalam kehidupan hambaNya itu, kebahagiaan kejayaan kesenangan. Allah Maha Berkuasa terhadap makhlukNya, malah tiada kuasa lain yang boleh mencabarnya. Sebagai ummat Islam yang berakal, sungguh jelas bahawa Allah adalah segala-galanya buat kita. Dia yang memberi kita nyawa kehidupan, Dia juga yang mematikan kita. Untuk apa kematian itu? Untuk satu permulaan kehidupan yang kekal abadi, kekal selama-lamanya, yang mana jika kita masuk ke syurgaNya, kita akan dapat melihat dan bertemu dengan Allah swt. Jika kita dicampak ke nerakaNya, Nauzubillah min zalik, moga kita diperjauhkan dari terjadinya itu. Sungguh seksaan di neraka, sungguh dahsyat tak terkata, tak terbayang, melalui lisan mahupun bayangan.


Topik kali ini tentang kepada siapa kita bergantung? Atau dengan kata lainnya, kepada siapa kita berharap. Pastinya dari kali pertama kita melihat persoalan ini, kita akan menjawab Allah, Rasulullah, keluarga kita, ibu bapa dan rakan2 kita. Ini sudah pasti dan aku tiada hak untuk mempersoalkan jawapan itu. Namun apa yang hati aku terlintas, merasa ingin mencerahkan lagi tentang jawapan tersebut.

Dikala kita ditimpa musibah, kesusahan dan dugaan. Pelbagai respon dan tindak balas yang akan kita buat. Demi menghadapi musibah itu, kita akan bertanya di dalam hati mengapa Allah menguji kita seberat itu. Kita akan merangka bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Kita akan merujuk kepada siapa2 saja yang boleh membantu kita dalam menyelesaikan masalah. Jika gagal, sambung lagi duduk berbincang. Seterusnya kita berdoa ketika selepas solat. Kemudian berjuang kembali untuk menyelesaikan masalah. (Situasi yang biasa).

Namun apa yang aku cuba sampaikan di sini, bukanlah situasi di atas ini adalah salah. Cuma aku ingin menampakkan, betapa kurangnya pergantungan kita kepada Allah, iaitu semasa kita berdoa selepas solat sahaja. Solat dan berdoa, adalah hubungan manusia dengan Allah. Usaha2 lain itu, selalunya akan berkaitan tentang dunia. Nampak bukan? Bahawa usaha dengan dunia lebih besar dari pergantungan kita kepada Allah.

Usaha tentang dunia itu mestilah diperlukan. Tapi bagaimana kita hendak menambah kebergantungan kita terhadap Allah. Ada caranya. Wahai manusia, janganlah kita apabila ditimpa masalah, kita hanya fokus terhadap masalah itu sahaja. Dalam pada masa kita menghadapi masalah dan cabaran, kita tingkatkan juga amalan2 lain kepada Allah. Ketika kita ditimpa musibah, pemikiran kita akan fokus terhadap musibah yang sedang berlaku. Kadang-kala kita mungkin terlupa pada Allah.


Namun sebagai ummat Islam yang berakal, yang paling penting janganlah kita terlalu berduka cita dengan musibah yang menimpa. Kerana disebalik musibah itu, ada hikmah. Boleh jadi, sedang kita terlalu lalai dengan dunia, Allah memberi sedikit musibah kepada kita supaya kita mengingati Allah, meminta kepada Allah, berharap dan bergantung kepada Allah. Pastinya Allah sentiasa suka kepada hamba yang mengingatiNya. Mungkin kebergantungan kita terhadap Allah semakin lemah, dengan peringatan dan dugaan yang Allah kurniakan kepada kita, InsyaAllah akan meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah, yang memungkinkan kita lebih kuat untuk berdikari dalam mengukuhkan hati kita untuk lebih bergantung kepada Allah, andai dihulurkan sedikit ujian.





Kukuhkan hati, kuatkan diri, mantapkan iman. Jangan kita terlebih bergantung kepada manusia, lebih daripada Allah. Bagaimana? Tepuk dada, tanyalah tahap iman kita sekuat mana. Jika kita betul2 post-mortem iman kita, InsyaAllah kita akan nampak dimana kita berada, sejauh mana telah kita rentasi dalam kehidupan Islam kita. Ingat, selagi belum kiamat, Allah sentiasa menerima taubat, dan Allah sentiasa menyayangi hambaNya. Syurga itu Allah yang punya, bukan manusia. Manusia adalah penghuni syurga. Maka, mari kita sama2 berharap kepada Allah. Allah swt, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang satu.




No comments:

Post a Comment