Aug 23, 2011

Tenanglah Wahai Hati



Bila hati merasa susah atau sedih, kembali lah pada Allah. Kerana Allah pencipta manusia. Tiada Tuhan selain Allah. Tanpa Allah, tiada lah rasa nikmat hidup ini kerana Allah lah yang menciptakan perasaan dalam hati manusia ini. Di situ terletak tanda2 kebesaran Allah jika kita berfikir. Kesusahan dan kesedihan juga adalah sumber/punca kebahagiaan.


Jadi Allah letakkan cabaran pada diri manusia sehinggalah mencapai tahap yang ditetapkan untuk menguji hambaNya. Apakah tindakan hambaNya itu jika mereka mendapat musibah? Adakah mereka kembali kepada Allah? Renung2kan. Ini adalah semata-mata untuk memberi kebahagiaan kepada hamba2Nya juga.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." (Q:Al-Imran:139)

Macam biasa, hobi yang tak berapa nak hobi sangat, puisi ditulis bila ada aliran idea, tapi tak berkualiti harap maaf diterima ^^
Tajuk : Ketenangan

Ketenangan

siang kelam dalam muram
petang kabus kala senja
malam sejuk bak embun
pagi kembali datang menyusuri

kesepian kekosongan
jiwa hati diri
terus menyelubungi
andai kau dapat memahami
perasaan luka hati

di balik kekosongan 
ada ruang pengisian
kau teman menjadi pendorong
persefahaman terjalin ringkas
waktu terus berjalan

semangat lemah dikala hujan
bawalah ku ke teduhan
sebagai penawar luluh
menjadi pulih kembali
semoga kuat berterusan
hingga ke akhir nafas

semoga ketenangan
menghinggap berkekalan
menjadi bekalan perjalanan
dan terus menjadi semangat
meneruskan kehidupan




Allah tidak menguji hamba2-Nya melebihi kemampuan dan kesanggupan hamba2-Nya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 tempat diserahkan segala urusan. Semoga Allah memberi kekuatan pada diri kita agar kita kuat dan tabah mengharungi setiap ujian-dugaan-cabaran-musibah yang TELAH kita hadapi, yang SEDANG kita hadapi, dan yang AKAN kita hadapi pada masa akan datang. InsyaAllah.


"Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Q:Al-An'am:162)


"Cukup Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal" (Q:At-Taubah:129)











No comments:

Post a Comment