Sep 18, 2011

Tutup Aurat Itu Cantik

Assalamualaikum.

Para wanita bertanya :-

Betul ke tutup aurat itu cantik? 
Aurat itu sememangnya cantik sebab tu ramai orang suka tengok aurat.
Adakah bila tutup aurat, kita jadi tak cantik?
Jawapannya adalah TIDAK.
Sebenarnya, apabila kita menutup aurat, kita ada 2 kecantikan.
=.='' Macam mana tu kan?? =.=''

Macam ni lah ^^

1- Kecantikan aurat.
2- Kecantikan menutup aurat.

Alasan nya ^^

No.1 - Kecantikan seorang perempuan itu hanya untuk suaminya sahaja. Jika dia berhias2, pakai cantik2 untuk menunjuk2 pada semua lelaki lain, sebelum atau selepas kahwin, maka dosalah bagi perempuan itu. Kecantikan seorang isteri adalah hak mutlak seorang suami. Suami lah yang bertanggungjawab menanggung dosa isterinya jika dia tidak menasihati dan tidak memastikan isterinya memelihara maruahnya.

Mesti korang pernah nampak orang post status kat facebook ayat ni :

Lafaz seorang suami semasa akad nikah :
"Aku terima nikahnya si dia binti si ayahnya dengan mas kahwinnya RM..."

Ini adalah maksud lafaz nikahnya yang boleh kita faham :
"Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dosanya dan bukan lagi ibu bapanya yang tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak2 ku.

So, sebab itu korang kena dengar cakap suami bila suami perintahkan supaya tutup aurat. Sanggup ke korang bagi suami korang dosa untuk masuk neraka. Semoga sama2 kita sedari.

No.2 - Kecantikan menutup aurat. Ada ke ayat macam ni? Jarang dengar kan? Sebenarnya menutup aurat itu lebih cantik daripada mendedahkan aurat kerana bila kecantikan ditutup, orang lain lebih mengidam2kan untuk melihat kecantikan yang terselindung di sebalik hijab. Itu menjadikan seseorang wanita itu lebih cantik daripada wanita yang mendedahkan aurat mereka. Dan kecantikan menutup aurat ini adalah cara kita menjaga maruah suami kita. Kan tanggungjawab isteri adalah memelihara maruah suami. Jika si isteri berhias untuk kelihatan cantik di depan lelaki selain dari suaminya, maka terabai lah maruah suami.

Kecantikan menutup aurat. Menutup aurat adalah satu tuntutan dalam agama kita iaitu Agama Islam. Kenapa ia adalah tuntutan? Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kerana Allah lah yang menciptakan langit dan bumi, ciptaan manusia sebagai hamba-Nya.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak daripadanya (muka dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya....."
(Quran : An-Nur : 31)

"Katakanla kepada isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu, dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Quran : Al-Ahzab : 59)

Dari Al-Quran juga kita dapat melihat tuntutan ini kan? Ini adalah tuntutan agama Islam. Allah adalah pencipta agama Islam. Jadi, ini adalah tuntutan Allah Azza Wa Jalla kepada hamba-Nya yang bernama manusia. Semoga menjadi peringatan bersama.



Aku menutup aurat,
kerana Allah s.w.t itu Tuhan ku,
kerana Muhammad s.a.w itu Nabi dan Rasul ku,
kerana Islam itu agama ku,
kerana Al-Quran itu kitab pegangan ku,
dan kerana,
Syurga Allah itu idaman ku.



No comments:

Post a Comment